PENULISAN
REFLEKSI
Pada mulanya saya ingin mengucapkan syukur kepada tuhan
kerana memberi peluang kepada saya supaya lebih memahami dalam bidang kesihatan
, kecergasan , gaya hidup dan amalan bersenam. Apa itu refleksi? Refleksi ialah
satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,menyatakan perasaan
sendiri terhadap peristiwa tersebut ,
dan akhirnya member pendapat apa yang perlu dilakukan.
Dengan melalui kursus kesihatan diri dan kecergasan ,
saya dapat menambah ilmu pengetahuan dalam kecergasan fizikal. Kecergasan
fizikal bermaksud kemampuan dan kebolehan melakukan aktiviti seharian tanpa
berasa lesu serta mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti
kesenggangan. Kelebihannya ialah kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi
aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi individu perlindungan daripada penyakit-penyakit seperti
penyakit jantung , kegemukan dan penyakit hipokinetik. Kompenan kecergasan
berasaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular , daya tahan otot ,
kekuatan otot , kelenturan dan komposisi badan.
Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung ,salur
darah dan system respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang
berintensiti rendah atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular boleh
ditingkatkan dengan melakukan latihan tertentu seperti berjalan pantas ,
berjoging , berbasikal , berenang dan senamrobik. Kelemahannya ialah jika kita
telah mencapai tahap daya tahan kardiovaskular yang tinggi, kadar denyutan
jantung semasa latihan meningkat sedikit sahaja. Selepas latihan, kadar
denyutan jantung kembali kepada normal dalam masa yang singkat. Cadangan
penambahbaikan yang saya memberi ialah saya akan membuat satu jadual waktu
bersenam dan akan menajalankan aktivit bersenam sepanjang cuti sekolah.
Daya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot
melakukan kerja secara berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang
panjang. Kelebihan daya tahan otot ialah orang yang mempunyai daya tahan otot
yang tinggi boleh melakukan pergerakan dan aktiviti harian dengan cekap dan
berkesan. Daya tahan otot terbahagi jepada dua iaitu data tahan otot static dan
daya tahan otot dinamik. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk
mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan
pegun .Daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan
memanjang secara berulang-ulang. Aktiviti rintangan untuk daya tahan otot
adalah seperti tekan tubi , bangun tubi , mendagu ,naik turun bangku dan
lain-lain lagi. Kelemahannya ialah saya selalu berasa letih semasa menjalankan
aktiviti daya tahan otot kerana ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk
menjalankannya. Cadangan penambahbaikan ialah saya akan memilih beberapa
aktiviti sahaja untuk menjalankannya dengan mengikut kemampuan sendiri.
Selain itu , saya juga dapat belajar kesihatan diri dan
keluarga dalam kursus kesihatan diri dan kecergasan. Saya dapat belajar bahawa kesenggangan
, rehat, istirahat dan tidur adalah penting untuk kesihatan yang menyeluruh.
Tidur merehatkan seluruh tubuh dan juga otak. Tidur yang cukup adalah amat
perlu untuk menjamin kesihatan. Emosi adalah perasaan dalaman seseorang yang
boleh ditunjukkan melalui ekspresi wajah, posisi, gerak badan atau nada suara.
Remaja yang berjaya mengawal dan memahami emosi akan mempunyai penampilan diri
yang baik dan dapat meningkatkan daya ketahanan diri. Institusi keluarga adalah
unit yang penting dalam sesebuah masyarakat. Kemantapan institusi keluarga akan
membentuk masyarakat yang cemerlang. Kelemahannya ialah saya kurang pendidikan
tentang kesihatan diri dan keluarga. Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang
saya memberi ialah saya akan mementingkan didikan kesihatan diri dan keluarga terhadap
diri sendiri.
Dengan melalui kursus kesihatan dan kecergasan diri, saya
dapat mengetahui bahawa pemakanan yang seimbang adalah perlu untuk kesihatan.
Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh
tubuh dalam kuantiti yang sesuai supaya pertumbuhan badan berlaku secara normal
dan sihat. Berlebihan mengambil makanan berkalori tinggi boleh mengakibatkan
penyakit. Kegemukan atau obesity berkait rapat dengan penyakit-penyakit
diabetes,hipertensi dan penyakit jantung. Makanan yang seimbang dapat
menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit seperti osteoporosis, riketsia ,
anemia dan kwaeshiokor. Badan kita memerlukan zat makanan mikro untuk
mengelakkan daripada penyakit tertentu. Kita perlu mengamalkan pengambilan
makanan seimbang dengan menggunakan piramid makanan. Apa itu piramid makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan
jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.
Aras satu piramid makanan ialah pengambilan karbohidrat yang banyak untuk
membekalkan tenaga. Contoh makanan bagi aras satu pyramid makanan ialah nasi ,
roti ,kentang dan lain-lain lagi. Aras kedua piramid makanan ialah makanan yang
kaya dengan vitamin , mineral dan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
manakala aras ketiga ialah makanan yang kaya dengan protein seperti daging ,
ayam , ikan dan lain-lain lagi. Aras keempat piramid makanan ialah makanan yang
kaya dengan minyak seperti coklat, gula dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan
hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
Kelemahannya ialah saya lebih suka makan makanan segera tetapi bukan pyramid
makanan. Cadangan penambahbaikan ialah saya akan mengambil makanan dengan
mengikut piramid makanan dan kurang mengambil makanan yang banyak minyak.
Di samping itu , saya juga dapat mengetahui pengurusan
stres dan konflik. Stres dan konflik adalah dua faktor yang bertimbal balas dan
kerap menggangu perjalanan hidup remaja. Bentuk stres dan konflik adalah
berbeza-beza kerana dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti emosi,
sosio ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain. Remaja yang dilanda
stres dan konflik tidak dapat mengawal diri dan sering mengambil keputusan
negatif yang akhirnya merosakkan diri sendiri. Oleh itu , kita perlu mengetahui
cara pengurusan stres dan konflik untuk mengelakkan masalah sosial berlaku.
Stres ialah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas
tekanan yang diterima. Stres juga terbahagi kepada dua iaitu stres positif
(eustress) dan stres negatif (distress). Tujuan mempelajari cara menangani
stres adalah untuk membolehkan kita berfikiran tenang ,tidak mudah kecewa,
mengelakkan daripada sakit fizikal dan dapat mengawal perubahan tingkah laku
negatif. Konflik ialah pandangan yang berbeza antara diri sendiri dengan orang
lain. Konflik juga terbahagi kepada dua iaitu konflik positif yang boleh mempertingkatkan
produktiviti dan konflik negatif yang merosakkan hubungan antara satu sama
lain. Kelemahan saya ialah saya tidak dapat mengurus stres dengan cara yang
betul. Cadangan penambahbaikan yang saya memberi ialah saya akan sabar untuk
menangani setiap konflik dan mengurus stres saya dengan cara yang betul.
Seterusnya , saya juga dapat belajar pelbagai jenis
aktiviti bersenam dan saya dapat mengetahui tentang kebaikan bersenam . Apa itu
bersenam? Bersenam merupakan salah satu aktiviti fizikal yang boleh
mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam selalunya dilakukan pada waktu pagi atau
petang. Kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti
bersenam. Kebaikan bersenam ialah bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh -
perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh. Selain itu bersenam
juga boleh mengawal suhu badan kita supaya kita akan jadi lebih sihat. Apabila
kita bersenam, otak kita juga akan menjadi lebih cerdas dan kita dapat
memikirkan idea-idea yang tuntas. Aktiviti bersenam juga boleh menjadi aktiviti
riadah kepada kita kerana kita boleh menjalankan aktiviti bersenam pada waktu
lapang. Bersenam boleh melegakan tekanan atau
stres. Kita juga dapat mengerakkan hubungan antara kawan-kawan dan ahli
keluarga apabila kita menjalankan aktiviti bersenam dengan mereka. Kelemahan
saya ialah saya jarang menjalankan aktiviti bersenam dengan kawan-kawan atau
ahli keluarga. Cadangan penambahbaikan ialah saya akan mencari masa lapang untuk
menjalankan aktiviti bersenam bersama kawan-kawan atau ahli keluarga.
Secara
kesimpulannya , pengalaman menyiapkan tugasan ini memberi pengalaman yang
bermakna kepada saya. Saya juga akan membuat penambahbaikan terhadap cara dan
teknik saya belajar kursus kesihatan diri dan kecergasan. Saya akan menggunakan
segala pengalaman yang amat bermakna ini ketika saya keluar berpratikum nanti
dan saya juga akan menimba segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan
pendidikan jasmani dan kesihatan kepada anak murid saya.
No comments:
Post a Comment