Hari Inovasi
Pada 27 September 2016 , Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah mengadakan Hari Inovasi dan sebanyak 65 pameran telah didirikan. Saya telah memilih pameran nombor dua sebagai laporan saya. Tajuk pameran nombor dua ialah Kit Permainan suku kata . Ia terdiri daripada
i. Roda Suku Kata Besar
ii. Roda Suku Kata Kecil
iii. Kad Suku Kata KV
iv. Kad Gambar
v. Beg
vi. Manual Panduan Guru
Objektif :
i. Meningkatkan kemahiran menyebut gabungan huruf konsonan dan vokal ( KV )
ii. Meningkatkan kemahiran menyebut gabungan dua suku kata ( KV + KV )
Cara membuat Roda Suku Kata Besar
Cara 1 :
Piring bawah berdiameter 52 sentimeter dihasilkan dari kain kanvas dan diperkukuhkan dengan lapisan acrylic.
Cara 2 :
Piring atas berdiameter 46 sentimeter dengan lima tertingkap kecil dan anak panah kuning sebagai penunjuk huruf konsonan.
Cara 3 :
Kedua-dua piring bawah dan atas digabungkan menggunakan skru.
Cara 4 :
Besi berukuran 60 sentimeter panjang dipasangkan kepada roda suku kata besar. Tapak berbentuk segi empat sama dibina bagi mengukuhkan struktur roda.
Cara membuat roda suku kata kecil
Cara 1 :
Piring bawah berdiameter 27 sentimeter dihasilkan dari kad manila.
Cara 2 :
Lima tetingkap kecil dan anak panah kuning dibina di piring atas berdiameter 23 sentimeter.
Cara 3 :
Kedua-dua piring dilaminate untuk mengekalkan ketahanannya.
Cara 4 :
Piring atas dan bawah digabungkan menggunakan butang plastik.
Kad Suku Kata dan Kad Gambar
Cara penggunaan Kit Permainan Roda Suku Kata
1) Guru memutar roda suku kata besar. Kanak - kanak membaca suku kata yang tertera dari lima tetingkap.
2)Aktiviti belajar sambil bermain diterapkan. Kanak-kanak membaca suku kata KV menggunakan roda suku kata besar.
3) Penglibatan aktif kanak-kanak melalui pembelajaran kendiri menggunakan roda suku kata besar.
4) Guru menggunakan carta zap-on bagi mengukuhkan pembelajaran kanak-kanak.
Implikasi Kit Permainan Roda Suku Kata
1) Pembangunan Inovasi
- Dapat mencetuskan kreativiti guru dalam membangunkan inovasi PnP
- Penglibatan aktif
- Pembelajaran menyeronokkan
- Membentuk konsep kendiri positif
3) Faedah kepada guru
- Pengajran berkesan
- Pentaksiran perkembangan kanak-kanak
- Meningkatkan kompetensi guru
- Amalan-amalan pelbagai budaya
No comments:
Post a Comment