Thursday, 29 September 2016

Hari Inovasi

            Pada 27 September 2016 , Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah mengadakan Hari Inovasi dan sebanyak 65 pameran telah didirikan. Saya telah memilih pameran nombor dua sebagai laporan saya. Tajuk pameran nombor dua ialah Kit Permainan suku kata . Ia terdiri daripada 
i. Roda Suku Kata Besar
ii. Roda Suku Kata Kecil
iii. Kad Suku Kata KV 
iv. Kad Gambar
v.  Beg
vi. Manual Panduan Guru

Objektif :
i. Meningkatkan kemahiran menyebut gabungan huruf konsonan dan vokal ( KV )
ii. Meningkatkan kemahiran menyebut gabungan dua suku kata ( KV + KV )
Cara membuat Roda Suku Kata Besar
Cara 1 : 
Piring bawah berdiameter 52 sentimeter dihasilkan dari kain kanvas dan diperkukuhkan dengan lapisan acrylic.
Cara 2 :
Piring atas berdiameter 46 sentimeter dengan lima tertingkap kecil dan anak panah kuning sebagai penunjuk huruf konsonan.
Cara 3 :
Kedua-dua piring bawah dan atas digabungkan menggunakan skru.
Cara 4 : 
Besi berukuran 60 sentimeter panjang dipasangkan kepada roda suku kata besar. Tapak berbentuk segi empat sama dibina bagi mengukuhkan struktur roda.
 

Cara membuat roda suku kata kecil 
Cara 1 :
Piring bawah berdiameter 27 sentimeter dihasilkan dari kad manila.
Cara 2 :
Lima tetingkap kecil dan anak panah kuning dibina di piring atas berdiameter 23 sentimeter.
Cara 3 : 
Kedua-dua piring dilaminate untuk mengekalkan ketahanannya.
Cara 4 :
Piring atas dan bawah digabungkan menggunakan butang plastik.

Kad Suku Kata dan Kad Gambar

Cara penggunaan Kit Permainan Roda Suku Kata
1) Guru memutar roda suku kata besar. Kanak - kanak membaca suku kata yang tertera dari lima tetingkap.
2)Aktiviti belajar sambil bermain diterapkan. Kanak-kanak membaca suku kata KV menggunakan roda suku kata besar.
3) Penglibatan aktif kanak-kanak melalui pembelajaran kendiri menggunakan roda suku kata besar.
4) Guru menggunakan carta zap-on bagi mengukuhkan pembelajaran kanak-kanak.

Implikasi Kit Permainan Roda Suku Kata
1) Pembangunan Inovasi
  • Dapat mencetuskan kreativiti guru dalam membangunkan inovasi PnP
2) Faedah kepada kanak-kanak
  • Penglibatan aktif
  • Pembelajaran menyeronokkan
  • Membentuk konsep kendiri positif
3) Faedah kepada guru
  • Pengajran berkesan
  • Pentaksiran perkembangan kanak-kanak
  • Meningkatkan kompetensi guru
  • Amalan-amalan pelbagai budaya






Monday, 19 September 2016

Refleksi Kesihatan Diri Dan Kecergasan

PENULISAN REFLEKSI
Pada mulanya saya ingin mengucapkan syukur kepada tuhan kerana memberi peluang kepada saya supaya lebih memahami dalam bidang kesihatan , kecergasan , gaya hidup dan amalan bersenam. Apa itu refleksi? Refleksi ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut ,  dan akhirnya member pendapat apa yang perlu dilakukan.

Dengan melalui kursus kesihatan diri dan kecergasan , saya dapat menambah ilmu pengetahuan dalam kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal bermaksud kemampuan dan kebolehan melakukan aktiviti seharian tanpa berasa lesu serta mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Kelebihannya ialah kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada penyakit-penyakit seperti penyakit jantung , kegemukan dan penyakit hipokinetik. Kompenan kecergasan berasaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular , daya tahan otot , kekuatan otot , kelenturan dan komposisi badan.

Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung ,salur darah dan system respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular boleh ditingkatkan dengan melakukan latihan tertentu seperti berjalan pantas , berjoging , berbasikal , berenang dan senamrobik. Kelemahannya ialah jika kita telah mencapai tahap daya tahan kardiovaskular yang tinggi, kadar denyutan jantung semasa latihan meningkat sedikit sahaja. Selepas latihan, kadar denyutan jantung kembali kepada normal dalam masa yang singkat. Cadangan penambahbaikan yang saya memberi ialah saya akan membuat satu jadual waktu bersenam dan akan menajalankan aktivit bersenam sepanjang cuti sekolah.

Daya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan kerja secara berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang panjang. Kelebihan daya tahan otot ialah orang yang mempunyai daya tahan otot yang tinggi boleh melakukan pergerakan dan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan. Daya tahan otot terbahagi jepada dua iaitu data tahan otot static dan daya tahan otot dinamik. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun .Daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang. Aktiviti rintangan untuk daya tahan otot adalah seperti tekan tubi , bangun tubi , mendagu ,naik turun bangku dan lain-lain lagi. Kelemahannya ialah saya selalu berasa letih semasa menjalankan aktiviti daya tahan otot kerana ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjalankannya. Cadangan penambahbaikan ialah saya akan memilih beberapa aktiviti sahaja untuk menjalankannya dengan mengikut kemampuan sendiri.

Selain itu , saya juga dapat belajar kesihatan diri dan keluarga dalam kursus kesihatan diri dan kecergasan. Saya dapat belajar bahawa kesenggangan , rehat, istirahat dan tidur adalah penting untuk kesihatan yang menyeluruh. Tidur merehatkan seluruh tubuh dan juga otak. Tidur yang cukup adalah amat perlu untuk menjamin kesihatan. Emosi adalah perasaan dalaman seseorang yang boleh ditunjukkan melalui ekspresi wajah, posisi, gerak badan atau nada suara. Remaja yang berjaya mengawal dan memahami emosi akan mempunyai penampilan diri yang baik dan dapat meningkatkan daya ketahanan diri. Institusi keluarga adalah unit yang penting dalam sesebuah masyarakat. Kemantapan institusi keluarga akan membentuk masyarakat yang cemerlang. Kelemahannya ialah saya kurang pendidikan tentang kesihatan diri dan keluarga. Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang saya memberi ialah saya akan mementingkan didikan kesihatan diri dan keluarga terhadap diri sendiri.

Dengan melalui kursus kesihatan dan kecergasan diri, saya dapat mengetahui bahawa pemakanan yang seimbang adalah perlu untuk kesihatan. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang sesuai supaya pertumbuhan badan berlaku secara normal dan sihat. Berlebihan mengambil makanan berkalori tinggi boleh mengakibatkan penyakit. Kegemukan atau obesity berkait rapat dengan penyakit-penyakit diabetes,hipertensi dan penyakit jantung. Makanan yang seimbang dapat menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit seperti osteoporosis, riketsia , anemia dan kwaeshiokor. Badan kita memerlukan zat makanan mikro untuk mengelakkan daripada penyakit tertentu. Kita perlu mengamalkan pengambilan makanan seimbang dengan menggunakan piramid makanan. Apa itu piramid makanan? Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Aras satu piramid makanan ialah pengambilan karbohidrat yang banyak untuk membekalkan tenaga. Contoh makanan bagi aras satu pyramid makanan ialah nasi , roti ,kentang dan lain-lain lagi. Aras kedua piramid makanan ialah makanan yang kaya dengan vitamin , mineral dan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan manakala aras ketiga ialah makanan yang kaya dengan protein seperti daging , ayam , ikan dan lain-lain lagi. Aras keempat piramid makanan ialah makanan yang kaya dengan minyak seperti coklat, gula dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan. Kelemahannya ialah saya lebih suka makan makanan segera tetapi bukan pyramid makanan. Cadangan penambahbaikan ialah saya akan mengambil makanan dengan mengikut piramid makanan dan kurang mengambil makanan yang banyak minyak.

Di samping itu , saya juga dapat mengetahui pengurusan stres dan konflik. Stres dan konflik adalah dua faktor yang bertimbal balas dan kerap menggangu perjalanan hidup remaja. Bentuk stres dan konflik adalah berbeza-beza kerana dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti emosi, sosio ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain. Remaja yang dilanda stres dan konflik tidak dapat mengawal diri dan sering mengambil keputusan negatif yang akhirnya merosakkan diri sendiri. Oleh itu , kita perlu mengetahui cara pengurusan stres dan konflik untuk mengelakkan masalah sosial berlaku. Stres ialah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Stres juga terbahagi kepada dua iaitu stres positif (eustress) dan stres negatif (distress). Tujuan mempelajari cara menangani stres adalah untuk membolehkan kita berfikiran tenang ,tidak mudah kecewa, mengelakkan daripada sakit fizikal dan dapat mengawal perubahan tingkah laku negatif. Konflik ialah pandangan yang berbeza antara diri sendiri dengan orang lain. Konflik juga terbahagi kepada dua iaitu konflik positif yang boleh mempertingkatkan produktiviti dan konflik negatif yang merosakkan hubungan antara satu sama lain. Kelemahan saya ialah saya tidak dapat mengurus stres dengan cara yang betul. Cadangan penambahbaikan yang saya memberi ialah saya akan sabar untuk menangani setiap konflik dan mengurus stres saya dengan cara yang betul.
Seterusnya , saya juga dapat belajar pelbagai jenis aktiviti bersenam dan saya dapat mengetahui tentang kebaikan bersenam . Apa itu bersenam? Bersenam merupakan salah satu aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang. Kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam. Kebaikan bersenam ialah bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh - perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh. Selain itu bersenam juga boleh mengawal suhu badan kita supaya kita akan jadi lebih sihat. Apabila kita bersenam, otak kita juga akan menjadi lebih cerdas dan kita dapat memikirkan idea-idea yang tuntas. Aktiviti bersenam juga boleh menjadi aktiviti riadah kepada kita kerana kita boleh menjalankan aktiviti bersenam pada waktu lapang. Bersenam boleh melegakan tekanan atau stres. Kita juga dapat mengerakkan hubungan antara kawan-kawan dan ahli keluarga apabila kita menjalankan aktiviti bersenam dengan mereka. Kelemahan saya ialah saya jarang menjalankan aktiviti bersenam dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Cadangan penambahbaikan ialah saya akan mencari masa lapang untuk menjalankan aktiviti bersenam bersama kawan-kawan atau ahli keluarga.


Secara kesimpulannya , pengalaman menyiapkan tugasan ini memberi pengalaman yang bermakna kepada saya. Saya juga akan membuat penambahbaikan terhadap cara dan teknik saya belajar kursus kesihatan diri dan kecergasan. Saya akan menggunakan segala pengalaman yang amat bermakna ini ketika saya keluar berpratikum nanti dan saya juga akan menimba segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan kepada anak murid saya.

Wednesday, 14 September 2016

Speech of tourism in Malaysia
            A very good morning to my fellow friends. The topic of my speech is  “ Tourism in Malaysia ”. Nowadays, tourism has become Malaysia’s third largest foreign exchange earner . As of 2011, Malaysia was ranked the top 9 in the world’s most visited country, behind Germany. Mostly tourism came to visit many beautiful area in Malaysia like island , beach , jungle , mountain and so on. We have to increase the number of tourism in Malaysia because our country can get many benefits in can make Malaysia popular.

How we can increase the number of tourist in Malaysia? The first thing is make a tourism promotion inside and outside of a country to give many people know about Malaysia. The promotion must tell about the beautiful place in Malaysia and all the unique things in our country. The government can make a video to introduce the beautiful place in Malaysia and it can make more people know about Malaysia. The second thing to increase the number of tourism in Malaysia is by upgrade the public utilities. We must make our airport in first class situation because airport is the first thing looked by tourist outside of country because it can make travel easier to come in Malaysia. Beside that ,our government also have to increase the standard of highway because it can decrease the travel distance of tourist and the tourist will not feel tired when going to a place. Furthermore, Malaysian people also have to become very friendly to tourist to increase the number of tourism in Malaysia .It can build a positive image about Malaysia and its people in tourist eye. This will make tourist like to came to Malaysia and the will tell about the unique of Malaysia to their family and friend.

Tourism in Malaysia can bring some positive and negative impact. One of the positive impact is tourism bring a lot of foreign exchange and creating many job opportunity. This is because tourism must work with state government , regional and local community planning and the economic development. In 2010, Malaysia’s tourism is expected to generate RM98 billion of economic activity. The industry’s direct and indirect effect of travel and tourism in Malaysia in 2010 was expected to account for 37 billion of GDP. Tourism can touch all the sectors of the economy such as export revenue , services and merchandise. Economy employment representing 1331000 jobs and it making tourism in Malaysia is the second largest contributor of foreign exchange earnings to the colk kluntry. The negative impact that bring by tourism in Malaysia is the tourism industry will affected by the economic problem so once the economic conditions was bad , many tourism industry will cut cost for example cut down manpower , tour leader and staff for cost saving, therefore in that financial crisis years many people losing their job.


In a conclusion , tourism in Malaysia can bring many effects to Malaysia .We must work together to increase the number of tourists in Malaysia so our country can become  prosperous country. Thank you.